Monday, August 9, 2010

kertas bernilai

dunia maju.kecanggihan melampau.tak perlu berbicara pasal teknologi.keldai terbang pon ada.
duduk bawah tanah pon boleyh tahu ape jadi atas awan.hebat??teruja??xperlu..


ini dia..


lelaki bersarung tuxedo.menyilangkan kaki duduk bersandar selesa dia atas kerusi empuk sambil lubang hidung menghembus asap dari "paip"nya.oh silap.beliau..
begitu senang hati..kenapa??sebab di bawah katil di rumah penuh dgn wang.peti besi bank pon beliau yg penuhkan.


dah tua,bertongkat.perut agak labuh.rambut mgkin di "dye" warna putih.pintu kereta di bukakan oleh lelaki kacak,muda,tampan,bergaya,berbadan sasa.agak jambu sedikit mungkin.
seorang gadis cantik berjalan sambil pinggul terhuyung hayang ke kiri ke kanan.berambut blonde.bdn ala kerengga.kaen tak cukup untuk menutupi bahagian peha dah kebawahan.mgkin kerana kakinya pnjang.bertas tangan LV.berkaca mata Prada.
gadis itu menuju ke lelaki tua tersebut dan...nah kau satu peluk cium utk lelaki tua itu.. 
itukah taste gadis zaman sekarang..kenapa??sebab lelaki tua itu ada harta.kaya.cicit tak kerja pon boleh beli malaysia.


hakim banyak.peguam berlambak.mahkamah bersepah.
jenayah lagi banyak.bunuh lagi berlambak.pesalah terlepas lagi bersepah.
apa??abg besar??tailo??
kenapa??mgkin pesalah akan terlepas klu ad wang.undang2 baru mgkin.


cinta.si hawa cintakan si adam.adam,CEO muda ABCD Holding.cinta agung zaman millenium.seteguh cinta Uda dan Dara seagung cinta Romeo dan Juliet.
lalu dibina adam sebuah mahligai batu bata utk si hawa di lereng bukit menghadap laut cina selatan.tiada beza cinta mereka seperti syahjihan dan mumtaznya.
ouh,akibat kemelesetan ekonomi dunia.ABCD Holding bungkus lingkup x dapat diselamatkan.
si hawa berkaki gebu itu meminta hubungn mereka ditamatkan ketika kemelesetan ekonomi dunia berlaku..ada kaitan kah???
kenapa??mgkin si hawa dapat meramal yang dia mmg tiada jodoh dgn buku check dan no peti besi si adam..


yes.itu kuasa kertas bernilai pada hari ni.


p/s:aku tengah pokai

4 comments: