Saturday, September 4, 2010

KLIA dan LCCT

3.00 pm


tap tap tap menaip SMS.
"Amira, kau dah sampai ke belom? Aku dah dekat KLIA nieh"
butang hijaun ditekan. Send.


4.00 pm.

tit tiit~ tit tiit~
mesej masok.
"weyh angah, aku dah sampai nieh. Dekat balai ketibaan domestik, kau kat mana?"


replying mesej.
"mana kau, aku kat situ lah. kau dekat pintu berapa ni?"




4.10 pm.


Mana lah budak ni. Penat aku cari dah. Telefon aku ni teknologi tinggi, Kol tak boleh, tak dengar suara. Aku taip lagi mesej. tekan tekan


"Weyh! mana kau?? tunggu kat pintu 5 domestic arrival."


mesej di balas..


"Alaa, aku tak tau lah pintu 5 dekat mana, kau lah datang sini, aku dekat coffee bean ni cepat lah seket"


ok tak apa. aku mengalah. aku pergi cari dekat coffee bean. coffee bean pon aku tak tau kat mana kat KLIA ni. maacam tak ada je aku rasa. tak apa, mungkin die baru bukak semalam, tu sebab aku tak tahu.




4.30 pm.


aku dah selesai tawaf KLIA 3 kali. semua floor. hebat. stamina berpuasa aku tercabar. mat dan minah salleh ghairah menelan kentang goreng mcd dan coke. Aku telan air liur dalam dalam.


"mane kau nieh amira oii" bisik hati ku.


aku taip lagi mesej.tekan tekan


"weyhh, celah mana coffee bean dekat sini kau nieh. mana ada. kau pergi dekat mcd atas sekali kat departure hall, cepat!"


aku dah panas. puasa je buat aku tak mencarut. 




5.00 pm.

1 message received.
open.


"eh angah, lupa lah. aku dekat LCCT. bukan dekat KLIA. lupa bgtau kau. ingat kau dah tahu. aku naek air asia tak naek MAS. sori2."






5.00 pm - 5.30 pm


apa jenis carutan yang tak keluar. bagitau aku












p/s: tak apa. ini ujian berpuasa. tunggu kau amira aku sampai LCCT











Thursday, September 2, 2010

iPhone Kunci Kereta dan Laptop

Jam dah menunjukkan pukul 5.30 minit pagi. Aku masih belum dapat lelapkan mata. Ini malam kedua tak tidur. Tak apa lah, alang alang tak tidur, biar berjaga terus. Aku membaring kan badan di atas katil sambil tangan diletakkan di belakang kepala dan laptop ku letakkan di atas dada. Macam macam yang di fikirkan. Berserabot kepala otak. Kenapa mesti aku yang hadapi semua ini. Terdengar seruan azan dari surau Al-Ikhsan. Itu mesti Pak Cik Hassan jiran depan rumahku yang laungkan azan, aku hampir mengenali suara beliau. Aku pergi ambil wuduk dan solat. Selesai solat, duduk di atas tikar sejadah. Ntah apa yang aku fikirkan. Ntah apa yang tak kena. Aku termenung jauh. 

"Ok, aku mesti bertindak, aku tidak boleh benarkan sesiapa ambil die dari aku" bisik hati ku.

Lantas aku bangun dan melipat sejadah. Tuala mandi aku ambil dan teros masok ke bilik air. Selesai. Aku capai baju dan jaket ku sambil menyarung seluar. Laptop Apple ku disimpan cermat di dalam beg. Aku capai iPhone dan kunci kereta Jazz ku. Jam menunjukkan 7.00 pagi. Aku bergerak keluar dari rumah. Aku dapat rasakan sesuatu yang kurang senang akan berlaku. Kenapa begitu pelik perasaan ku pagi ini. Pagi begitu hening, nyaman, ditambah hujan renyai renyai.

"tak ape, InsyAllah tak ada apa2 berlaku. Aku perlu jumpa dia" bisik hatiku menidakkan naluri tadi.

Aku teros menghidupkan enjin dan mulakan pemanduan. Destinasi ku adalah kampung ku. Aku perlu segera ke sana.Aku buka radio, panas fm. Ahh mengarut. Sinar fm. Ntah apa apa punya retro. Aku masokkan CD alunan zikir kepunyaan ibuku. Sedikit tenang jiwa ni. Sampai di sebuah kawasan. Pelik teramat suasana di kawasan tersebut. Kabus tak nak tebal lagi. Apa nieh. Tempat apa ni, tiada langssung sebiji kereta. Walhal waktu sekitar 8.00 am. Pelik. Tiba tiba aku terpandang sebuah kereta yang mugkin rosak di tepi jalan. Dan tuan punya kereta seperti aku kenal.

"Eh, itu bukan ***** ker. kenapa die ade dekat sini, aku nak pergi jumpa die. Apa dia buat dekat sini'

macam macam persoalan timbul di benak hati ku. Benar kah itu *****. tidak tidak. tak mungkin.aku teroskan pemanduan. Mata aku semakin kuyu.Ya Allah, ngntoknyaa. Aku paksa diri. teroskan pemanduan. Aku menekan minyak. Meter kelajuan mencecah 150km/hour. Kenapa aku ngntok sangat ni, aku berniat. Ada perhentian aku mesti berhenti ni. Dah tak tahan sangat. Sedang aku leka melayan ngntok mata, tiba tiba! lori dengan tidak semena mena ada di hadapan ku. aku pijak pedal brek sekuat hati. namun...












dannggggggggggg!!!
















Ya Allah! Laptop aku jatoh ke lantai dari atas katil. Mak aihhh. Patah broadband aku. Aduhh. Aku tengok jam, dah pukul 12 tengah ari. Aku capai henfon, eh mana iPhone aku. ni nokia 5*00 bodoh saja. siap ikat getah. Aku tengok atas meja solek, kunci kancil ada lah. mana ada Jazz. Aku pusingkan kepala tengok lptop aku yang jatoh ke lantai.

"Ahh. bia lah. compaq je pon. bukan Apple"bisik hati ku.








p/s:-terlepas subuh lagi walaupon 5.30 masih x tido. ahh.
     
      -aku pelik dgn mimpi nieh.
     
      -aku teringat sangat dekat dia 







aku juga manusia biasa

In the morning, i sit. Commemorating the melancholic soul heart


How can you easily replace myself. As the dogs love.


I ask forgiveness


If I am a sinner


come back, I miss you love

pulang lah

Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah..


Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah


Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga


Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia


Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela


Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya










selamat hari raya. maaf zahir batin